Home » Tips Perniagaan Internet » Buat Duit Raya Dengan Produk Fizikal

Buat Duit Raya Dengan Produk Fizikal

Ramadhan makin hampir ke penghujungnya dan suasana meriah hariraya semakin terasa. Ia dihangatkan lagi dengan alunan lagu raya di setiap masa. Tak kira samada di corong2 radio dan tv mahu pun di pusat2 membeli belah.

Sememangnya setiap tahun, seawal Ramadhan hingga ke hariraya adalah masa yang ditunggu oleh peniaga2 untuk meningkatkan jualan dan seterusnya mengaut keuntungan berganda.
Begitu juga teman2 usahawan online yang begitu teruja berusaha menambahkan pendapatan dengan menjual produk fizikal. Mereka menjual pakaian, produk2 keagamaan, kuih raya dan bermacam2 lagi.

Secara umumnya produk fizikal adalah lebih mudah terjual berbanding produk digital kerana ia sesuatu yang dapat disentuh dan kebanyakan orang sudah mengetahui akan rupa sebenarnya. Cuma masalahnya, cara penghantarannya tentulah rumit sikit. Walaupun keuntungan menjual produk fizikal adalah kurang berbanding produk digital tetapi sekiranya dapat dijual dengan kuantiti yang banyak seperti di musim perayaan ini, tentulah lumayan.. Cuma kenalah berusaha dengan lebih kuat.

Tetapi pada sesiapa yang tak sanggup susah payah nak cari produk, lepas tu nak gi pos pulak, tentulah tak sesuai nak jual produk fizikal secara online. Tumpukanlah dengan menjual produk digital yang cuma duduk depan komputer saja dan sekarang dengan smartphone pun boleh..

Share

About

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *